LENSA KENANGAN
MENJENTIK MINDA INOVASI
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000611-09b8609b88/WhatsApp%20Image%202024-03-10%20at%2016.13.44-6.jpeg?ph=174a31ce03)
Program Menjentik Minda Inovasi telah diadakan pada 2 Mac 2024 Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada siswa guru PISMP Jun 2023/2027 berkaitan inovasi dalam pendidikan. Program yang dikendalikan oleh Kelab Inovasi dan Penyelidikan (KELIP) ini dilaksanakan dalam dua slot iaitu ceramah inovasi dan aktiviti berkumpulan. Slot Ceramah Inovasi telah disampaikan oleh Dr. Aznida binti Aziz. Slot berkumpulan juga dilaksanakan bagi memberi ruang kepada siswa guru untuk menjana idea untuk melaksanakan inovasi khususnya inovasi dalam pendidikan.
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000487-e18d0e18d2/WhatsApp%20Image%202024-03-03%20at%2023.02.08.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000485-41de641de8/WhatsApp%20Image%202024-03-03%20at%2023.02.09.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000483-8f72f8f731/WhatsApp%20Image%202024-03-03%20at%2023.02.10.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000481-801ab801b0/WhatsApp%20Image%202024-03-03%20at%2023.02.10%20%281%29.jpeg?ph=174a31ce03)
BENGKEL KERJA PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PROGRAM JPPI TAHUN 2024
Pada tarikh 24 hingga 26 Januari 2024, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) telah melaksanakan bengkel kerja pemantapan kertas cadangan program JPPI tahun 2024 bertempat di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel kerja yang melibatkan semua ahli JPPI ini bertujuan untuk menyiapkan kertas cadangan bagi setiap program yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2024.
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000477-91a7f91a80/WhatsApp%20Image%202024-03-03%20at%2022.28.51.jpeg?ph=174a31ce03)
BENGKEL ANALISIS DATA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL 2023
Bengkel Analisis Data Penyelidikan Pendidikan telah diadakan pada 5 hingga 7 September 2023. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pelajar PISMP Jun 2020/2024 yang sedang dalam proses menganalisis data penyelidikan. Tiga penceramah diundang untuk memberi bimbingan berkaitan cara menganalisis data bagi kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Program ini dilihat memberi impak positif kepada pelajar melalui respons mereka sepanjang bengkel berlangsung. Penceramah yang terlibat ialah Dr. Nurhijrah binti Zakaria (IPG Kampus Dato' Razali Ismail), Prof. Madya Dr. Mohd Yusri bin Ibrahim (Universiti Malaysia Terengganu) dan Dr. Nor Hisham bin Haron (Universiti Utara Malaysia).
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000452-2201f22021/data%201.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000454-8befc8befd/data%202.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000456-1d0a61d0a9/data%203.jpeg?ph=174a31ce03)
CONFERENCE OF EDUCATION IN RESEARCH AND INNOVATION DATO' RAZALI ISMAIL (CoERIS) 2023
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000448-4e6b94e6ba/COERIS%201.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000450-17ef817efc/COERIS%202.jpeg?ph=174a31ce03)
Conference of Education in Research and Innovation Dato' Razali Ismail(CoERIS) 2023 diadakan bagi memberi ruang kepada semua warga IPGKDRI dan juga warga pendidik sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu untuk mengetengahkan idea-idea penyelidikan dan inovasi demi kecemerlangan pendidikan. CoERIS 2023 telah diadakan secara dalam talian pada 24 Mei dan 25 Mei 2023. Program ini telah berjaya menarik penyertaan bukan hanya dalam kalangan warga IPG Kampus Dato' Razali Ismail tetapi juga warga pendidik sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu termasuklah warga PPD dan JPN. CoERIS 2023 dimulakan dengan ucaptama oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu YBrs.Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah. Majlis perasmian pula disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hajah Narita binti Mohd Noor, Pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
BENGKEL PENYEDIAAN POSTER BAGI CONFERENCE OF EDUCATION IN RESEARCH AND INNOVATION DATO' RAZALI ISMAIL (CoERIS) 2023
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000444-0bd800bd84/STAF%203.jpeg?ph=174a31ce03)
Bengkel Penyediaan Poster bagi Conference of Education in Research and Innovation Dato' Razali Ismail (CoERIS) 2023 telah diadakan pada 10 Mei 2023 bertempat di Makmal Komputer PSV, IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Bengkel ini melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Bengkel yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan AKP dalam CoERIS 2023 dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang merupakan pensyarah di Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Bengkel ini telah berjaya membantu para peserta menyiapkan poster untuk dipertandingkan dalam kategori Amalan Terbaik Pengurusan.
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000440-696df696e0/STAF%201.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000446-e8b98e8b9a/STAF%204.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000442-9d58b9d58c/STAF%202.jpeg?ph=174a31ce03)
WACANA ILMU SIRI KE-2 DAN MAJLIS APRESIASI ILMUAN TAHUN 2022
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000434-0b6ca0b6cd/WACANA%20ILMU%20BANNER.jpeg?ph=174a31ce03)
Wacana Ilmu Siri Ke-2 dan Majlis Apresiasi Imuan Tahun
2022 telah diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di Dewan Al Farabi,
IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Wacana Ilmu yang bertemakan 'Melestarikan Penyelidikan
dan Inovasi ke Era Global' telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Roslan
bin Umar yang merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai
Timur, Universiti Sultan Zainal Abidin. Majlis Apresiasi Ilmuan Tahun 2022 pula
telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Narita binti Mohd Noor, Pengarah IPG Kampus
Dato' Razali Ismail. Majlis ini bertujuan untuk menghargai semua pensyarah yang
telah memberi sumbangan dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun
2022.
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000436-509a1509a3/WACANA%20ILMU%202.jpeg?ph=174a31ce03)
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000438-7af1c7af1e/WACANA%20ILMU%203.jpeg?ph=174a31ce03)
BENGKEL KERJA PEMURNIAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAMAN SESAWANG
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000270-b8d25b8d27/banner-1.jpg?ph=174a31ce03)
Pada tarikh 2 hingga 4 Februari 2023, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) telah melaksanakan bengkel kerja pemurnian pelaksanaan program dan laman sesawang. Bengkel kerja yang melibatkan semua ahli JPPI ini bertujuan untuk menyiapkan kertas kerja bagi setiap program yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Selain itu, bengkel ini dilaksanakan bagi tujuan untuk pemurnian laman sesawang JPPI yang akan digunakan sebagai platform untuk menyebarkan informasi daripada JPPI kepada seluruh warga IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000178-0510d0510f/poster%20kembara%20nusantara%20siri%202-0.jpeg?ph=174a31ce03)
SEMINAR KEMBARA ILMU NUSANTARA SIRI II TAHUN 2023
Panel 1:
Dr. Hjh. Narita binti Mohd Noor
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Panel 2:
Dr. Hjh Hardimah .binti Mohd Said
Universiti Brunei Darussalam
Panel 3:
Dr. Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor
Universiti Teknologi Nanyang Singapura
![](https://174a31ce03.cbaul-cdnwnd.com/384c9f126746933b9729c222a7f2ad3a/200000180-38ed338ed7/WEBINAR%20PROSPEN.jpg?ph=174a31ce03)
SEMINAR KEMBARA ILMU NUSANTARA SIRI I TAHUN 2021
Objektif Program :
- Memberi input dan pendedahan berkenaan kepentingan meningkatkan kualiti diri secara berterusan dan memastikan peserta memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi, serta berkongsi pengalaman baharu dalam penyelidikan dan inovasi.
- Memberi pendedahan berkenaan kewujudan suasana dan idea baharu dalam melaksanakan penyelidikan dan inovasi menerusi perkongsian pengalaman antara panel daripada empat buah negara (Malaysia, Brunei, Thailand dan Indonesia).
Panel 1:
Dr. Hjh. Narita binti Mohd Noor
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Panel 2:
Dr. Hjh Hardimah .binti Mohd Said
Dekan Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education
Centre for Advanced Research
Universiti Brunei Darussalam
Panel 3:
PM Muhammad Salaebing
Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial
Universiti Thaksin, Songkla
Thailand
Panel 4:
Dr. Ade Gafar Abdullah
Departemen Pendidikan dan Teknologi Kejuruan
Universitas Pendidikan Indonesia
Indonesia